Dipukul, rambut ditarik, bayi ditendang adalah antara situasi yang dirakam kamera litar tertutup rumah atlet dan pempengaruh Indonesia, Cut Intan Nabila. Perkara tersebut, telah menimbulkan kemarahan semua yang rata-rata berang dengan sikap buruk suaminya, Armor Toreador. Lebih mengecewakan, Intan turut mendedahkan suaminya itu sudah berkali-kali curang termasuklah bersama sahabatnya sendiri sepanjang lima tahun perkahwinan. Kisah sedih itu, menjadi tular serta dibincangkan meluas di negara berkenaan. Tidak hanya Intan, sebelum ini…










