PETALING JAYA: Kertas siasatan melibatkan seorang pelakon didakwa mencederakan pembantu peribadinya di Batu Caves, di sini, 14 Ogos lalu telah dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya (DPP). Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad, kertas siasatan tersebut telah diserahkan pada DPP pada 23 Ogos lalu. Katanya, setakat ini seramai 12 saksi telah dipanggil membantu siasatan dan dirakam percakapan. “Saksi-saksi terdiri daripada ahli keluarga serta rakan kepada pengadu dan saspek dan doktor yang menjalankan rawatan. “Ia masih di pejabat DPP setakat ini,” katanya dalam kenyataan hari ini. Pada 17 Ogos,…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya