IPOH: Seramai lapan lelaki termasuk remaja berusia 16 tahun ditahan kerana menimbulkan kekecohan dan membaling botol ke arah polis sewaktu perlawanan Liga Super antara Perak FC menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Perak semalam. Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, tangkapan terhadap tujuh lelaki warga tempatan berusia 19 hingga 32 tahun itu dijalankan selepas mereka membuat kekecohan dan provokasi yang akan mengganggu ketenteraman…










