KD Pendekar bocor akibat pelanggaran bawah air

KD Pendekar tenggelam selepas pelanggaran objek bawah air

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kebocoran kapal KD Pendekar milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dipercayai berlaku ekoran pelanggaran objek bawah air.

Bahagian Komunikasi Strategik Markas TLDM dalam satu kenyataan memaklumkan, susulan pelanggaran itu, kapal berkenaan tenggelam sepenuhnya selepas mengalami kebocoran dan kebanjiran besar pada pukul 3.45 petang hari tadi.

Katanya, kejadian berlaku ketika kapal berkenaan sedang melaksanakan penugasan operasi di posisi dua batu nautika tenggara Tanjung Penyusop, Johor.

“Kebocoran yang mula dikesan di bilik jentera kapal telah merebak dengan cepat dan tidak terkawal.

“Kesemua kru berjaya diselamatkan setelah usaha mengawal kebocoran serta menstabilkan kapal tidak berjaya,” katanya.

Menurut kenyataan itu lagi, TLDM sedang memberi fokus bagi melaksanakan operasi untuk menyelamatkan kapal.

Selain itu ujarnya, usaha menyelamatkan kapal melalui operasi salvaj masih dalam proses pelaksanaan.

Katanya, TLDM dalam masa sama akan menubuhkan lembaga siasatan khas dengan kadar segera bagi mengenal pasti punca kejadian. – UTUSAN

 

 

 

 


PETALING JAYA: Kebocoran kapal KD Pendekar milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dipercayai berlaku ekoran pelanggaran objek bawah air.

 

Bahagian Komunikasi Strategik Markas TLDM dalam satu kenyataan memaklumkan, susulan pelanggaran itu, kapal berkenaan mengalami kebocoran dan kebanjiran besar pada pukul 12 tengah hari tadi.

 

Katanya, kejadian berlaku ketika kapal berkenaan sedang melaksanakan penugasan operasi di posisi dua batu nautika tenggara Tanjung Penyusop, Johor.

 

“Kebocoran yang mula dikesan di bilik jentera kapal telah merebak dengan cepat dan tidak terkawal.

 

“Kesemua kru berjaya diselamatkan setelah usaha mengawal kebocoran serta menstabilkan kapal tidak berjaya,” katanya.

 

Menurut kenyataan itu lagi, TLDM sedang memberi fokus bagi melaksanakan operasi untuk menyelamatkan kapal.

 

Selain itu, TLDM dalam masa sama akan menubuhkan lembaga siasatan khas dengan kadar segera bagi mengenal pasti punca kejadian. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN