Guru besar tak mengaku kemuka tuntutan palsu - Utusan Malaysia

Guru besar tak mengaku kemuka tuntutan palsu

Tuntutan palsu
AZATULAKMAL Abd. Razak diiringi pegawai SPRM hadir di Mahkamah Sesyen di Shah Alam, Selangor, hari ini. - UTUSAN / AFIQ RAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Guru besar sebuah sekolah rendah dituduh membuat tuntutan palsu di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini berhubung bantuan awal persekolahan pada 2019.

Bagaimanapun, tertuduh Azatulakmal Abd. Razak mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan ke atasnya di hadapan Hakim Datuk Anita Harun

Azatulakmal, 54 sebagai guru besar di Sekolah Kebangsaan Petaling Jaya didakwa dengan tidak jujur menggunakan suatu dokumen sebagai tulen iaitu Borang Akuan Penerimaan atau Penolakan Pembayaran Bantuan Awal Persekolahan 2019 Peringkat Sekolah.

Perbuatan itu dilakukan tertuduh di sekolah tempatnya bertugas pada 2019.

Sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga dua tahun dan denda atau kedua-duanya sekali mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 465 Kanun yang sama.

Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Mohd Alimi Mustapha kemudian mencadangkan jaminan RM10,000 bersama penjamin dengan syarat tambahan menyerahkan pasport ke mahkamah serta melaporkan diri di pejabat SPRM berhampiran.

Bagaimanapun, Azatulakmal yang tidak diwakili peguam merayu jaminan dikurangkan apabila dia baru diisytiharkan bankrap oleh Jabatan Insolvensi.

“Saya tidak mampu buat pinjaman untuk menampung kes saya selain mejaga seorang ibu dan adik yang sakit mental,” katanya.

Mahkamah kemudiannya menetapkan jaminan RM5,000 bersama penjamin dan membenarkan syarat tambahan pihak pendakwaan.

Sebutan semula kes pada 17 September depan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN