PETALING JAYA: Selepas mengejutkan ramai berhubung isu perceraian, isteri kepada pengarah terkenal, Syamsul Yusof, iaitu Ira Kazar kembali menjadi perhatian ramai apabila berkongsi gambar seperti baru lepas menangis. Ira atau nama sebenarnya, Faghirah Fatini Kazaruddin, 29, kelihatan matanya agak sedikit kemerahan melalui perkongsian di Story Instagram miliknya. Selain itu, Ira yang kelihatan berada di dalam kereta meletakkan emoji berbentuk hati pada hantaran yang sama. Sebelum ini, peguam syarie, Azmi Mohd…