BAGAN SERAI: Enam individu berdepan detik cemas apabila kereta dinaiki mereka terbabas dalam parit sebelum tenggelam dalam kemalangan di Kilometer 115 Jalan Selama – Bagan Serai di sini kelmarin. Mereka terdiri daripada pemandu dan penumpang wanita serta empat kanak-kanak berusia setahun hingga 13 tahun berjaya dikeluarkan dari kereta oleh orang awam. Ketua Polis Daerah Kerian, Superintenden Juna Yusoff berkata, kemalangan berlaku ketika kereta jenis Proton Iriz yang dipandu oleh seorang wanita sedang dalam perjalanan menghala ke arah Bagan Serai. Menurutnya, kereta dinaiki mereka terbabas ke dalam parit apabila cuba mengelak…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya