Penduduk PPR Gua Musang histeria ketika sukaneka Hari Merdeka

Enam penduduk PPR Gua Musang histeria ketika sukaneka Hari Merdeka

LOKASI acara sukaneka sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-67 di Padang PPR Gua Musang, Kelantan hari ini
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG: Kegembiraan penduduk menyertai sukaneka sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-67 di padang Program Perumahan Rakyat (PPR) Gua Musang di sini hari ini bertukar kecoh apabila enam peserta yang menyertai acara tersebut diserang histeria.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2 petang itu, salah seorang peserta acara sukan tiba-tiba tidak sedarkan diri membuatkan keadaan menjadi cemas.

Seorang mangsa histeria yang hanya mahu di kenal sebagai Kak Mie berkata, dia merupakan mangsa kedua kejadian histeria.

Menurutnya, dia dimaklumkan seorang penduduk tidak sedarkan diri sebelum bergegas melihat keadaan rakannya itu sebelum dirinya pula tidak sedarkan diri.

“Situasi terakhir yang saya ingat, saya bersama seorang rakan pergi melihat keadaan mangsa pertama. Apabila rasa tubuh rasa meremang dan tidak sedap hati, saya segera menarik rakan supaya menjauh.

“Selepas itu, saya pun tidak sedarkan diri. Mengikut cerita suami, saya meracau dan seterusnya berjangkit ke mangsa lain.

“Kesemua enam mangsa yang terlibat terpaksa dibawa berjumpa ustaz kerana kami sudah tidak sedarkan diri,” katanya.

Menurut Kak Mie, kejadian itu adalah yang pertama kali berlaku di kawasan itu sejak lebih empat tahun tinggal di kawasan itu

Katanya, acara sukan sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-67 sudah menjadi acara tahunan penduduk bagi mengeratkan silaturrahim antara mereka.

“Kejadian ini sangat mengejutkan penduduk di sini kerana ini bukan pertama kami menganjurkan aktiviti sukaneka antara penduduk.

“Saya sudah kembali pulih dan peristiwa itu menjadi satu pengalaman yang tidak akan dilupa oleh kami semua penduduk di sini,” ujarnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN