Dugong dikesan di Thailand, cetus kebimbangan pencinta alam

Dugong dikesan di Thailand, cetus kebimbangan pencinta alam

KLIP gambar menunjukkan dugong muncul di Thailand.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK: Seekor dugong dikesan buat kali pertama muncul di perairan Pantai Rawai, Phuket mencetuskan kebimbangan terhadap ancaman dihadapi oleh haiwan yang hampir pupus kerana kehilangan habitat.

Ini susulan tular di media sosial, sebuah klip video yang menunjukkan dugong dewasa berukuran sekitar 1.5-1.8 meter panjang, dari jeti pantai tersebut. 

Pengarah Pusat Penyelidikan, Kongkiat Kittiwatthanawong, menyatakan bahawa sebelum ini tiada dugong pernah dikesan berhampiran pantai Rawai. 

Beliau percaya bahawa dugong tersebut mungkin ke kawasan itu kerana rumpai laut yang tumbuh dalam jumlah kecil.

Tambah beliau, disebabkan bekalan rumpai laut yang sedikit, dugong tersebut dipercayai telah dari Trang untuk mencari makanan dan kemungkinan tidak akan berada lama di pantai Rawai.

Dalam kirimannya di Facebook, Kongkiat menulis bahawa dugong itu mungkin telah meninggalkan Trang disebabkan kekurangan rumpai laut di laut sana, di mana populasi dugong tempatan semakin berkurangan.

Bagaimanapun, dugong-dugong ini menghadapi bahaya di laut yang tidak dikenali di mana sejak beberapa bulan kebelakangan ini, banyak dugong telah terperangkap dalam jaring ikan dan mati atau cedera akibat terkena kipas enjin bot.

Seorang pengguna media sosial berkata rumpai laut dan pelbagai jenis alga pernah tumbuh dengan banyaknya di laut cetek berhampiran pantai Rawai namun, rumpai laut tersebut hampir habis dimusnahkan oleh pembinaan jeti di sepanjang pantai dan aktiviti pengambilan alga yang tidak terkawal.   

Pegawai Pejabat Perbandaran Rawai dan Pusat Penyelidikan Sumber Marin dan Pesisir Pantai telah digerakkan untuk menjalankan pencarian bersama di kawasan tersebut selepas laporan penemuan sekurang-kurangnya seekor dugong berhampiran jeti Rawai yang sibuk.

Dilaporkan bahawa terdapat sekurang-kurangnya sembilan ekor dugong dalam kumpulan tersebut, walaupun jumlah sebenar belum dapat dipastikan.-AGENSI

 

PIX: KLIP gambar menunjukkan dugong muncul di Thailand.-AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×