ALOR SETAR: “Dia datang meminta supaya ruqyahkan anaknya kerana mendakwa kanak-kanak itu dirasuk sehingga menyebabkan perutnya buncit”. Demikian ujar Imam Masjid Al-Hidayah di Bukit Pinang, Mohd. Fauzi Bakar ketika diminta menceritakan detik-detik dia dihampiri lelaki Rohingya yang ditahan di masjid itu kerana disyaki membunuh isteri serta dua anaknya di Pekan Simpang Kuala, malam kelmarin. Menurut Mohd. Fauzi, lelaki itu didapati berada di tangga masjid ketika dia bersama beberapa jemaah lain sedang keluar dari pintu utama selepas solat Isyak. “Sebaik melihat kami keluar dari masjid, dia terus menghampiri bersama seorang anaknya.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya