Demonstrasi doktor di India belum reda

Demonstrasi doktor di India belum reda

DOKTOR dan aktivis memegang poster dan lilin ketika mereka mengambil bahagian dalam protes tengah malam untuk mengutuk rogol dan pembunuhan seorang doktor muda, di Kolkata pada 14 Ogos 2024-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KERALA: Demonstrasi terhadap insiden rogol dan pembunuhan seorang doktor pelatih wanita belum berakhir apabila 10,000 orang ramai termasuk wanita berhimpun di barat Bengal bagi menzahirkan bantahan tindakan tersebut, semalam.

Hampir seluruh wanita turun padang menyertai demonstrasi tersebut selepas gesaan agar orang ramai hadir menyatakan bantahan tular di media sosial.

Walaupun protes itu pada mulanya berlangsung secara aman, namun ia telah dicemari dengan pertempuran antara kumpulan kecil lelaki yang tidak dikenali kerana menyerbu sebuah hospital di sini.

BBC melaporkan, ekoran insiden itu, polis terpaksa melepaskan gas pemedih mata untuk menyuraikan orang ramai yang tidak dikawal. 

Beberapa kenderaan polis turut mengalami kerosakan.

Bantahan yang lebih kecil juga diadakan di banyak bandar India lain seperti Delhi, Hyderabad, dan Mumbai.

Semalam, ribuan doktor di seluruh bandar utama termasuk ibu negara New Delhi, mengadakan mogok kelmarin susulan satu kejadian rogol dan bunuh membabitkan seorang doktor pelatih wanita di sini minggu lalu.

Mangsa yang berusia 31 tahun, ditemukan mati di sebuah hospital kerajaan terbesar di Kolkata, Jumaat lalu dengan kecederaan parah dan laporan bedah siasat menunjukkan bukti keganasan seksual.

Ekoran kejadian itu, golongan doktor melancarkan mogok di hospital-hospital kerajaan, menuntut langkah keselamatan yang lebih baik untuk petugas kesihatan.

Bantahan oleh doktor semalam merebak ke hospital-hospital kerajaan di negeri Bengal Barat, dengan doktor-doktor menyatakan bahawa mereka akan melancarkan mogok selama sehari.

PIX- DOKTOR dan aktivis memegang poster dan lilin ketika mereka mengambil bahagian dalam protes tengah malam untuk mengutuk rogol dan pembunuhan seorang doktor muda, di Kolkata pada 14 Ogos 2024-AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN