Dekorasi khas sempena Hari Kebangsaan Ke-67

Dekorasi khas sempena Hari Kebangsaan Ke-67

SEORANG pengunjung bersama dua anaknya merakam gambar yang berlatar belakang dekorasi sempena Hari Kebangsaan Ke-67 di d’Tempat Country Club, Bandar Sri Sendayan, Seremban, Negeri Sembilan. – UTUSAN/MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Sempena sambutan Hari Kebangsaan Ke-67, sektor swasta turut menyahut seruan bagi menyemarakkannya de­ngan pelbagai cara termasuk menerusi kibaran Jalur Gemilang di premis masing-masing.

Tidak ketinggalan, d’Tempat Country Club di Bandar Sri Sendayan di sini, yang tampil kreatif memasang dekorasi bertemakan kemerdekaan sebagai tarikan orang ramai yang berkunjung ke rumah kelab tersebut.

Ketua Hospitaliti Kumpulan Matrix Concept, Kamarulzaman Sudesh Lall Shariffudin berkata, sejak dibuka pada 2015, d’Tempat Country Club saban tahun memasang dekorasi dan hiasan bersesuaian bagi mening­katkan semangat kemerdekaan dalam kalangan orang ramai.

“Tiap-tiap tahun kami buat dekorasi malah tahun ini memasangnya lebih awal iaitu sejak 18 Julai lalu. Setiap minggu ramai yang datang khususnya kanak-kanak bersama ibu bapa masing-masing yang merupakan ahli rumah kelab ini.

“Ini secara tidak langsung kami dapat memberi pendedahan kepada pengunjung ber­usia lebih muda supaya mereka menghargai kemerdekaan negara yang rakyatnya dapat hidup dengan aman ketika ini,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini.

Katanya, hiasan kemer­dekaan berada di pintu masuk d’Tempat Country Club sehingga sambutan Hari Malaysia pada 16 September ini.

Dalam pada itu, katanya, setiap sambutan perayaan, dekorasi yang dipasang di rumah kelab berkenaan sentiasa menjadi tarikan pengunjung.

“Memang setiap sambutan perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baharu Cina, Dee­pavali dan Krismas kami memasang dekorasi khas. Ia menjadi tarikan pengunjung yang tidak ketinggalan merakam gambar masing-masing dengan hiasan ini,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN