Chaikasem Nitisiri bakal Perdana Menteri baharu Thailand?

Chaikasem Nitisiri bakal Perdana Menteri baharu Thailand?

CHAIKASEM NITISIRI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK: Bekas Menteri Kehakiman dan ahli politik kanan Parti Pheu Thai, Chaikasem Nitisiri dijangka diumumkan sebagai calon Perdana Menteri yang baharu susulan pemecatan Srettha Thavisin, semalam.

Speaker Dewan Rakyat, Wan Muhamad Noor Matha juga dilapor telah menetapkan satu sidang Dewan Khas esok untuk mengundi Perdana Menteri yang baharu.

Portal berita Thai PBS yang memetik beberapa sumber melaporkan, semua parti dalam kerajaan gabungan yang diterajui Pheu Thai bersetuju dengan pencalonan Chaikasem semasa mesyuarat tergempar yang diadakan hanya beberapa jam selepas Mahkamah Perlembagaan memecat Srettha sebagai Perdana Menteri kerana melanggar etika profesional.

Mesyuarat tersebut diadakan di kediaman bekas Perdana Menteri Thaksin Shinawatra dan dihadiri oleh pemimpin utama semua parti dalam gabungan.

Pada Pilihan Raya 2023, Chaikasem dinamakan sebagai calon Perdana Menteri Pheu Thai bersama Srettha dan Paetongtarn Shinawatra, yang merupakan anak perempuan Thaksin.

Buat masa ini, Chaikasem, 76, dilihat mempunyai kelebihan kerana Thaksin tidak yakin Paetongtarn bersedia memegang jawatan tertinggi dalam keadaan politik semasa.

Memandangkan parti-parti dalam gabungan mempunyai majoriti selesa 314 ahli dalam Dewan Rakyat, pencalonan Chaikasem dijangka tidak menghadapi cabaran besar.

Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri, Phumtham Wechayachai dilaporkan dalam perjalanan pulang dari lawatan kerja di Kazakhstan susulan pemecatan Srettha.

Beliau yang dijangka memegang jawatan Perdana Menteri sementara, akan bertemu ahli-ahli Parlimen dari Pheu Thai dan parti-parti gabungan bagi membincangkan kerjasama dalam kerajaan baharu yang akan dibentuk. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×