ALOR SETAR: Kedah masih berharap Kerajaan Persekutuan dapat meluluskan kebenaran eksport ketum seperti yang pernah dicadangkan Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor, dua tahun lalu. Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Perladangan dan Pengangkutan negeri, Dzowahir Ab. Ghani berkata, perkara tersebut juga dibangkitkan semasa mesyuarat dengan Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani baru-baru ini. Beliau berkata, sudah tiba masanya eksport ketum dibenarkan memandangkan potensi besar komoditi baharu itu di pasaran antarabangsa sebagai produk perubatan. “Perkara ini terletak kepada persetujuan Kerajaan Pusat, baru-baru ini kita buat perjumpaan dengan semua…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya