Bekas suami tidak bersalah, dia hanya ikut arahan - Nora Ariffin - Utusan Malaysia

Bekas suami tidak bersalah, dia hanya ikut arahan – Nora Ariffin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: “Ustaz (suami) tidak bersalah. Dia hanya mengikut arahan yang diberikan padanya.”

Demikian penjelasan penyanyi, Datuk Nora yang tampil membela bekas suaminya, Dr. Rushdi Ramli selepas menjadi sasaran kecaman warganet lantaran

Kata Nora atau nama sebenarnya Wan Norafizah Ariffin, 51, diharap orang ramai tidak menyalahkan bekas suaminya  dengan berterusan mengutuk tindakan menceraikannya.

“Ustaz (suami) tidak bersalah. Dia hanya mengikut arahan yang diberikan padanya.

“Dia melepaskan saya tanpa sebarang sebab dan juga merakamkan video sebagai bukti,” katanya menerusi satu hantaran yang dimuat naik dalam Instagram Story miliknya.

Namun, penyanyi lagu Hanya Satu dan Naluri itu tidak menyatakan secara terperinci siapa individu yang menjadi penyebab perkara itu berlaku.

Menerusi hantaran sama, Nora turut memberitahu dia tidak dapat mengulas perceraian itu selain hanya mampu reda nasibnya.

“Saya tergamam, tak terkata. Cukuplah Allah bersamaku,” ujarnya.

Semakan menerusi ruangan komen, video lafaz cerai dilakukan Rushdi yang dimuat naik Nora dalam Instagram mengundang pelbagai respons daripada netizen.

“Kalau ye pun mahu ceraikan isteri, buatlah secara elok, ini melalui video sahaja, tak budiman langsung, kasihan Nora,” demikian komen netizen itu.

Terdahulu, Rushdi menceraikan Nora dengan talak satu menerusi sebuah video berdurasi 52 saat.

Nora sebelum itu pernah mendirikan rumah tangga dengan Johan Nawawi pada 1992 dan dikurniakan empat cahaya mata. Namun, Johan meninggal dunia pada 24 Mac 2017 pada usia 52 tahun akibat serangan jantung.

Selepas itu, Nora mengumumkan sudah kembali bergelar isteri kepada Rushdi dalam satu majlis yang diadakan sekitar hujung tahun 2021.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN