PETALING JAYA: Sebanyak 856,873 notis saman dikeluarkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dalam operasi penguatkuasaan terhadap kenderaan barangan (kenderaan komersial) sepanjang 2023 sehingga Julai tahun ini. Antara kesalahan dikenal pasti membabitkan tiada lesen memandu kompeten (CDL), melebihi had muatan, membawa barangan bahaya dan lain-lain. Ketua Pengarah JPJ, Aedy Fadly Ramli berkata, penguatkuasaan terhadap kenderaan barangan antara operasi dipertingkatkan pihaknya bagi menangani isu kenderaan melebihi muatan atau kemalangan membabitkan lori atau treler…











