60 bas bawa penyokong JDT ke Bukit Jalil

60 bas bawa penyokong JDT ke Bukit Jalil

KIRA-KIRA 60 bas disediakan untuk membawa penyokong JDT ke Stadium Bukit Jalil, Sabut ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISKANDAR PUTERI: Setiap kali Johor Darul Ta’zim (JDT) melangkah ke pentas perlawanan akhir baik Piala FA mahupun Piala Malaysia, kelab-kelab penyokong Harimau Selatan pastinya tidak melepaskan peluang membanjiri Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ).

Presiden Johor Fans Club, Azman A. Jalil berkata, dianggarkan 60 bas disediakannya bersama kelab sekutu lain untuk berkonvoi menuju SNBJ, Sabtu ini.

Katanya, final Piala FA menentang Selangor FC pada Sabtu ini ada keistimewaan sendiri  kerana pasukan lawan adalah seteru utama JDT.

“Bagi Johor Fan Club, seperti biasa kita akan berkumpul di pekarangan Stadium Tan Sri Haji Hassan Yunos, Larkin sebelum bertolak ke SNJB manakala kelab bersekutu lain berkonvoi dari lokasi berbeza.

“Pada tahun ini, kita sediakan 12 buah bas buat ahli kelab bagi menyaksikan perlawanan akhir ini, harapnya semua akan pulang kegembiraan dengan JDT merangkul kejuaraan Piala FA,” katanya kepada pemberita, hari ini.

Tambahnya, dia yakin skuad kendalian Hector Bidoglio itu mampu menewaskan tentangan skuad Gergasi Merah sekali gus menambah bilangan trofi pasukan berkenaan.

“JDT berada di prestasi terbaik ketika ini dan saya menjangkakan kita tak akan pulang dengan tangan kosong, saya teka JDT menang 3-1,” ujarnya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN