Zakat perniagaan ‘bantu loncatan’ tingkat pendapatan - Utusan Malaysia

Zakat perniagaan ‘bantu loncatan’ tingkat pendapatan

Zakat perniagaan
HUSSAMUDDIN Yaacub (kiri) pada program Bizjihad di pejabat Karangkraf Sdn Bhd, di Shah Alam, Selangor, hari ini. - UTUSAN / MOHAMAD NAUFAL MOHAMAD IDRIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Pembayaran zakat perniagaan dikatakan mampu menjadi ‘batu loncatan’ untuk meningkatkan pendapatan syarikat di masa hadapan.

Penasihat Kumpulan Karangkraf Sdn Bhd (Karangkraf) datuk Hussamuddin Yaacub berkata, membayar zakat tidak akan memiskinkan sesebuah syarikat, sebaliknya mewujudkan keberkatan terhadap setiap urus niaga.

“Tidak menunggu sehingga syarikat menjana keuntungan besar untuk berbuat demikian. Banyak pengalaman saya alami contohnya pernah mendapat tawaran perniagaan, beberapa hari selepas menunaikan zakat perniagaan.

“(Jangan harapkan balasan) Sebarang bentuk kebaikan atau budi baik yang dibuat pihak lain kepada kita juga merupakan balasan Allah disebabkan kita menunaikan zakat tersebut,” katanya ketika ditemui selepas program BizJihad anjuran bersama Lembaga Zakat Selangor (LZS), hari ini.

Justeru, beliau memaklumkan tetap memastikan syarikat membayar zakat perniagaan walaupun terjejas di samping tidak dapat menjalankan urusan perniagaan seperti kebiasaan ketika pandemik Covid-19 antara 2020 hingga 2022.

“Saya mula membayar zakat tersebut pada awal tahun 80-an, sebaik sahaja mula menjalankan perniagaan menjual buku dan surat khabar.

“Walaupun syarikat tidak menjana keuntungan seperti yang diperoleh pada ketika ini, saya yakin pada rezeki yang diberikan kepada Allah dan Alhamdulillah, mungkin apa yang dikecapi perniagaan ketika ini mungkin daripada pembayaran zakat perniagaan,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×