IPOH: Ketua jurulatih Perak FC, Yusri Che Lah berharap para pemain mengekalkan momentum seperti ketika meraih kejayaan ke atas Kelantan Darul Naim apabila bertemu Kuching City FC dalam saingan Liga Super di Stadium Perak di sini hari ini. Selepas meraih kejayaan 3-1 ke atas Kelantan Darul Naim (KDN), Yusri yakin semangat The Bos Gaurus melonjak tinggi. Lantaran itu, Yusri menuntut kemenangan ketiga daripada perlawanan ketiga di tempat sendiri pasukan itu.…