BATU PAHAT: Seorang lelaki warga emas mengalami kerugian hampir setengah juta ringgit selepas tertipu dengan pelaburan mata wang digital yang menjanjikan pulangan lumayan. Pemangku Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Superintendan Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani berkata, mangsa yang berusia 64 tahun itu membuat laporan di bahagian Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat semalam selepas merasakan tertipu apabila pelaburan berjumlah RM400,900 tidak mendapat sebarang pulangan. Katanya, mangsa pada Mac lalu berurusan dengan seorang individu yang tidak dikenali menerusi Facebook kemudian berkomunikasi menerusi aplikasi WhatsApp. “Suspek menawarkan kepada mangsa…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya