Wanita sorok dadah di kandang lembu diberkas polis

Wanita sorok dadah di kandang lembu diberkas polis

ZAIZUL Rizal Zakaria
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ZPASIR PUTEH: Helah seorang wanita berusia 37 tahun menjadikan sebuah bangsal dalam di kandang lembu di Kampung Lembah, Semerak, di sini sebagai tempat menyimpan dadah terbongkar selepas dia dicekup polis semalam.

Serbuan pukul 2.10 petang itu sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Daerah Pasir Puteh turut merampas 400 gram dadah jenis pil yaba.

Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Superintendan Zaizul Rizal Zakaria berkata, siasatan awal mendapati dadah tersebut dipercayai untuk dijual kepada penagih tempatan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ini merupakan rampasan dan kejayaam terbesar di Pasir Puteh pada tahun ini.

“Hasil saringan awal air kencing yang dilakukan mendapati suspek berumur 37 tahun itu negatif dadah dan tidak mempunyai
rekod jenayah lampau” katanya ketika dihubungi hari ini.

Zaizul Rizal memberitahu suspek direman selama seminggu bermula hari ini untuk siasatan lanjut.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini