UiTM, FRIM pupuk cinta terhadap alam sekitar

UiTM, FRIM pupuk cinta terhadap alam sekitar

Pelajar tahun akhir Komunikasi Antarapersonal UiTM Shah Alam menyumbang usaha dalam menjayakan Kempen Penanaman 100 Juta Pokok.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam bekerjasama dengan Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) dalam memupuk kesedaran dan kecintaan terhadap alam sekitar terutama dikalangan anak muda.

Ketua Pengarah FRIM,Dr Ismail Parlan berkata, penglibatan mereka bukan sahaja penting untuk memastikan matlamat program tercapai malah turut memberi inspirasi kepada anak muda di luar sana untuk turut bekerjasama dalam usaha ini lebih-lebih lagi berbakti terhadap pemuliharaan alam sekitar.

“Penghijauan Malaysia adalah sebuah tanggungjawab yang kita ingin semai kepada rakyat dalam usaha memastikan hutan di negara ini sentiasa dipelihara dan dipulihara.

“Saya amat berbangga dengan minat yang ditunjukkan oleh pelajar tahun akhir Komunikasi Antarapersonal UiTM Shah Alam untuk turut menyumbang usaha dalam menjayakan Kempen Penanaman 100 Juta Pokok ini,” katanya dalam satu kenyataan.

SAIFUL Hisham Yaakob ketika merasmikan program GlowINC Green di Kolej Tingkatan Enam Astana (KTEA) Kuantan, Pahang.

Terdahulu, sebanyak 30 anak pokok ditanam melalui program GLOWINC GREEN: READY, SET, GLOW (GlowINC Green) di Kolej Tingkatan Enam Astana (KTEA) Kuantan, Pahang.

Program ini sebagai komitmen berterusan Program Penghijauan Malaysia melalui Kempen Penanaman 100 juta Pokok yang telah bermula sejak tahun 2021 sehingga 2025

GlowINC Green ini dirasmikan oleh Pengetua KTEA Saiful Hisham Yaakob dan melibatkan lebih 200 peserta yang terdiri daripada guru-guru, wakil pensyarah dan mahasiswa.

Dalam pada itu, Kempen Penanaman 100 juta Pokok yang diterajui Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam dengan penglibatan aktif daripada Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia, Jabatan Hutan Sarawak dan Jabatan Perhutanan Sabah, FRIM serta Yayasan Hijau Malaysia

Ini menyaksikan kejayaan penanaman sebanyak 89,876,122 pokok sehingga kini dengan sokongan pelbagai pihak termasuk pusat-pusat pengajian tinggi, sekolah-sekolah, jabatan kerajaan yang lain, badan-badan bukan kerajaan (NGO) serta sektor swasta.

Program GlowINC Green adalah projek tahun akhir anjuran pelajar jurusan Komunikasi Antarapersonal UiTM Shah Alam, bertujuan untuk memperkasakan kemahiran komunikasi Antarapersonal yang berkesan bersama-sama dengan pihak industri.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN