PETALING JAYA: Sultan Ibrahim hari ini ditabal sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-17 dalam istiadat yang berlangsung dengan penuh tradisi Kesultanan Melayu bagi meneruskan sistem Raja Berperlembagaan yang diamalkan sejak 1957. Istiadat itu mengulangi sejarah empat dekad lalu apabila ayahanda Seri Paduka iaitu Almarhum Sultan Iskandar Sultan Ismail menjadi Yang di-Pertuan Agong kelapan bermula 26 April 1984 hingga 25 April 1989. Ia sekali gus melengkapkan pusingan kedua Kesultanan Johor dipilih sebagai…