Tindakan pantas doktor selamatkan penumpang pesawat

Tindakan pantas doktor selamatkan penumpang pesawat alami sesak nafas

TASHINI DEVI NAGARATNAM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Tindakan seorang doktor yang berada dalam pesawat penerbangan ke Limbang, Sarawak berjaya menyelamatkan seorang penumpang yang mengalami sesak nafas.

Menceritakan detik mencemaskan itu kepada Utusan Malaysia, Dr. Thashini Devi  Nagaratnam berkata, dalam kejadian pada akhir Jun lalu, pesawat berkenaan melakukan pendaratan cemas di Miri kerana cuaca buruk.

“Pesawat itu cuba untuk terbang semula selepas 30 minit ke Limbang. Semasa menunggu untuk berlepas, salah seorang kru kabin datang kepada saya dan bertanya adakah saya seorang doktor.

“Dia meminta saya untuk membantu dalam kes kecemasan itu,” katanya di sini hari ini.

Dr. Tashini, 31, berkata, beliau kemudiannya bergegas dan mendapati seorang lelaki mengalami  hiperventilasi.

Katanya, dia mengalami pening dan muntah yang agak teruk, manakala pihak kru kabin cuba mendapatkan sejarah perubatan lelaki berkenaan.

“Saya menenangkan lelaki itu dan memeriksanya dengan meneliti beberapa sejarah perubatannya. Tiada sebarang alat perubatan yang tersedia di situ. Namun, saya berupaya untuk mengawal keadaan dan menenangkan lelaki itu.

“Saya memberitahu kru untuk menghubungi hospital terdekat. Pasukan perubatan mereka dimaklumkan dan kru menghantarnya ke pusat perubatan berhampiran di Miri,” katanya yang bertugas di Hospital Limbang.

Ketika itu, katanya, beliau menawarkan diri untuk menaiki ambulans bersama pesakit, namun pihak kru penerbangan memberi jaminan bahawa mereka dapat mengawal keadaannya.

“Lelaki itu mengucapkan terima kasih kepada saya dengan senyuman sebelum dia dibawa ke hospital,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN