Tiga pekerja asing maut, seorang cedera dilanggar kereta - Utusan Malaysia

Tiga pekerja asing maut, seorang cedera dilanggar kereta

Pekerja maut
Monopoli syarikat konsesi p
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Tiga kontraktor syarikat penyelenggaraan jalan warga India maut manakala seorang lagi cedera selepas dilanggar sebuah kereta di Kilometer 3.1 Lebuhraya Lembah Klang Baru (NKVE) di sini, awal pagi tadi.

Kemalangan menimpa semua lelaki warga asing berusia lingkungan 20-an itu berlaku ketika mereka sedang melakukan kerja menyelenggara di kawasan tersebut.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim berkata, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima laporan kira-kira pukul 3.30 pagi.

Menurutnya, siasatan awal mendapati sebuah Proton Waja dipandu lelaki tempatan berusia 20-an datang dari arah Damansara menghala ke Klang.

“Sewaktu berada di lorong kanan, pemandu itu telah hilang kawalan lalu melanggar water barrier dan pembahagi tengah lebuhraya.

“Kereta itu kemudian melanggar mangsa yang sedang melakukan kerja penyelenggaraan hingga mengakibatkan tiga maut manakala seorang lagi warga Bangladesh cedera,” katanya kepada pemberita hari ini.

Menurut Mohd. Iqbal, semua mayat mangsa dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Shah Alam bagi proses bedah siasat.

“Mangsa yang cedera turut dibawa ke hospital itu untuk menerima rawatan
manakala pemandu Waja ditahan bagi siasatan lanjut.

“Siasatan masih dijalankan bagi mengenal pasti punca kematian dan kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan 1987,” ujarnya.

Tambah beliau, pihaknya memohon kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian supaya menghubungi Pegawai Penyiasat, Asisten Superintendan Raja Mahadi Raja Mahmudin di talian 012-3097660 atau balai polis berdekatan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN