Tiga lelaki didakwa esok selepas bakar rakan

Tiga lelaki didakwa esok selepas bakar rakan

LOKASI mayat mangsa dibuang di kawasan semak samun berhampiran Empangan Semenyih, Selangor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Angkara hutang, seorang lelaki ditemui maut selepas dibakar rakannya sebelum dibuang di kawasan semak berhampiran Empangan Semenyih, Selangor.

Mayat penganggur berusia 29 tahun itu ditemui pada 23 Jun lalu di kawasan semak berkenaan sebelum identitinya disahkan oleh waris melalui ujian asid deoksiribonukleik (DNA).

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, bertindak atas maklumat siasatan, empat lelaki telah ditahan di kawasan Batu 14 Hulu Langat Kajang pada 11 Julai lalu.

Kata beliau, kesemua mereka berusia lingkungan 18 hingga 44 tahun ditahan bagi membantu siasatan.

“Hasil mengesan kesemua yang ditahan positif dadah jenis methamphetamine dalam ujian awal saringan air kencing.

“Dua daripada suspek yang ditahan juga dikesan mempunyai lebih 20 rekod jenayah lampau,” jelasnya.

Tambah beliau, siasatan polis mendapati suspek motif kejadian disebabkan isu hutang antara dan mangsa.

“Mangsa dikatakan telah berhutang RM7,000 daripada suspek,” katanya.

Dalam pada itu, kata beliau, tiga suspek yang terlibat akan dituduh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan esok di Kompleks Mahkamah Kajang manakala seorang lagi suspek akan dijadikan saksi pendakwaan.

“Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa berhati-hati agar tidak melakukan perbuatan yang boleh melanggar undang-undang sedia ada di negara ini,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN