PETALING JAYA: Taktik sindiket menggunakan kediaman sebagai tempat menyimpan bekalan rokok putih dan kretek bernilai RM203,120 terbongkar apabila Jabatan Kastam Diraja (JKDM) menyerbu sebuah rumah teres bertingkat di Taman Shahzan, Kuantan, Pahang. Serbuan dijalankan Bahagian Penguatkuasaan JKDM Zon Tengah Unit I (WPKL) kira-kira pukul 7.15 malam, 13 Julai lalu. Penolong Ketua Pengarah Kastam Zon Tengah JKDM, Norlela Ismail berkata, pihaknya menyita lebih 1.2 juta batang rokok bernilai RM203,120. “Rampasan ini…