BESUT: Terengganu mempertahankan kedudukan terbaiknya selama lima tahun berturut-turut apabila merekodkan keputusan cemerlang bagi peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2023 yang diumumkan, hari ini. Timbalan Pengarah Pendidikan Sektor Pembelajaran, Wan Zuraidi Che Wan Zaid berkata, negeri ini mencatatkan Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK), 3.11, mengatasi PNGK Kebangsaan iaitu 2.84. Menurut beliau, seramai 2, 211 calon mendaftar untuk menduduki peperiksaan STPM pada tahun 2023 di 46 buah pusat peperiksaan di Terengganu.…