SK Putrajaya Presint 11 (1) juara Asia Pasifik, raih RM472,000

SK Putrajaya Presint 11 (1) juara Asia Pasifik, raih RM472,000

Norzah Mohd. Kassim (tiga dari kiri) bersama Ketua Pegawai Eksekutif AIA Indonesia, Sainthan Satyamoorthy (kiri); Timbalan Pengarah Lembaga Perkhidmatan Pelanggan dan Pendidikan Bahagian Perniagana Kewan gan (OJK), Rony Ukurta Barus (dua kiri); Mohd Saharudin Setapa; Ketua Pegawai Pemasaran Kumpulan AIA. Stuart A. Spencer; Penyelaras Kebangsaan Sekolah Sihat Kementerian Pendidikan Kebudayaan, Penyelidikan dan Teknologi Indonesia Nia Nurhasanahdan pada anugerah Pertandingan Sekolah Sihat AIA peringkat Asia Pasifik di Bali baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEKOLAH Kebangsaan Putrajaya Presint 11 (1) [SKPP11 (1)} bukan sahaja mencatat sejarah tersendiri tetapi juga untuk negara apabila muncul sekolah pertama dari Malaysia yang mencatat kejayaan bagi rantau Asia Pasifik.

SKPP11 (1) menewaskan 2,300 sekolah dari seluruh Asia Pasifik untuk memenangi hadiah paling berprestij bernilai RM472,100 (AS$100,000) hasil inovasi muridnya membangunkan aplikasi menyokong kesejahteraan mental para pelajar pada Pertandingan Sekolah Sihat AIA.

Pertandingan yang diasaskan tahun lepas oleh Kumpulan AIA – adalah yang paling berprestij di Asia dalam menguji keupayaan sekolah untuk mengubah keadaan kesihatan pelajar melalui inovasi yang dibangunkan.

SKPP11 (1) layak bertanding di peringkat Asia Pasifik di Bali, Indonesia itu selepas muncul juara peringkat Malaysia bagi kategori sekolah rendah bulan lalu. Sementara untuk sekolah menengah bagi peringkat kebangsaan ialah Sekolah Menengah Kebangsaan Convent Butterworth yang turut layak bertanding di Bali.

Sementara itu, Ketua Projek dan guru SKPP11 (1), Mohd Saharudin Setapa teruja dan gembira sekolah tersebut dipilih sebagai pemenang pertandingan Sekolah Sihat AIA.

“Terima kasih kepada AIA kerana memilih sekolah kami. Anugerah ini adalah bukti kerja keras kita dan menjadikan sekolah paling sihat di negara kita.
“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pengetua saya, guru-guru, ibu bapa dan pelajar-pelajar yang menyumbang kepada projek aplikasi HELPIE.

“Juga terima kasih kepada pasukan inovasi saya yang menghabiskan banyak masa mereka prototaip aplikasi,” katanya.

Mohd Saharudin juga berharap pada masa akan datang mereka dapat berkongsi kesan projek itu, bukan sahaja di Malaysia tetapi juga kepada negara lain.

“Kami berharap dapat menggunakan projek ini untuk mewujudkan kehidupan yang lebih sihat dan kehidupan yang lebih baik untuk komuniti dan sekolah kami.

Sementara itu Guru Besar SKPP 11 (1), Norzah Mohd Kassim bersyukur dengan kejayaan tertinggi yang dicapai dalam bidang inovasi itu.

“Alhamdulillah, kejayaan tertinggi yang diperoleh SKPP1 (1) setakat ini dalam inovasi. Tahniah kepada Cikgu (Mohd) Saharuddin (Setapa) yang tidak pernah tahu erti penat dalam menghasilkan aplikasi untuk PDP murid-murid.

“Kejayaan ini adalah bukti kerjasama padu semua warga termasuk guru, Ibu bapa dan murid-murid SKPP11(1) dalam program yang dijalankan di sekolah.

“Saya sebagai guru besar akan sentiasa memberi sokongan dan dorongan kepada semua guru dalam setiap perkara yang ingin mereka lakukan jika ia dapat memberi impak yang tinggi kepada pembelajaran murid.

“Semoga kecemerlangan terus dikekalkan di SKPP11(1) menjadikannya antara yang terbaik dalam kalangan terbaik bukan sahaja kepada murid-murid malah kepada guru-guru juga,” katanya.

Ketua Eksekutif dan Presiden AIA, Lee Yuan Siong, pula berkata, golongan muda hari ini menghadapi pelbagai masalah kesihatan yang mendorong mereka memperkenalkan program Sekolah Sihat AIA.

“Saya sangat percaya dengan pengaruh pendidikan untuk membentuk masa depan yang lebih sihat untuk anak-anak kita. Semua guru dan pegawai pendidikan, terima kasih usaha tanpa jemu anda setiap hari,” katanya. – UTUSAN

Pembaca yang berminat menghantar artikel atau sumbanhan boleh  e-melkan ke [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN