‘Sikulah Bateq' modul pembelajaran Orang Asli 

‘Sikulah Bateq’ modul pembelajaran Orang Asli 

UMAYAL Eswaran (kiri) ketika menghadiri majlis pelancaran modul 'Sikulah Bateq' baru -baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Modul pengajaran ‘Sikulah Bateq’ yang dibangunkan pakar pendidikan dan pembangunan Orang Asli mampu membantu menangani masalah literasi dan numerasi  yang menarik minat kanak-kanak kaum tersebut.

Memuatkan artikel berkaitan…

Modul yang dibangunkan pertubuhan inisiatif impak sosial, Yayasan Rhytm itu turut melibatkan beberapa individu membabitkan kaum Orang Asli.

Pengerusi Rythm, Datin Seri Umayal Eswaran berkata, modul itu dibangunkan ekoran peningkatan pelajar Orang Asli yang berdepan kesukaran menyesuaikan diri dengan masyarakat sehingga sanggup berhenti sekolah.

“Ramai kanak-kanak yang berhenti sekolah kerana sukar untuk sesuaikan diri. Malah ibu bapa juga tidak mampu membantu anak-anak dengan kerja sekolah.

“Atas sebab itu, kami menjalin kerjasama dengan Orang Asli untuk memastikan apakah keperluan dan kesukaran yang dihadapi untuk belajar. 

“Pendidik juga perlu diberi pendedahan dan didikan bagaimana mahu mengajar Orang Asli kerana pendekatannya berbeza,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, Ketua Yayasan Rythm, P. Santhi berkata, modul Sikulah Bateq juga bertujuan untuk menguatkan keyakinan, jati diri anak-anak Orang Asli untuk ke peringkat seterusnya.

“Modul ini membincangkan kemahiran akademik dan kehidupan di mana ia direka bentuk dengan mengambil kira perkembangan holistik kanak-kanak.

“Modul itu mengintegrasikan mata pelajaran tradisional dengan pelajaran kesihatan, kebersihan, kesedaran alam sekitar dan pendidikan berasaskan nilai,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN