UNITED KINGDOM: Kumpulan terkenal Korea Selatan, Seventeen, menjadi artis pertama yang diundang membuat persembahan di pentas utama acara muzik, Festival Glastonbury. Dalam persembahan berdurasi selama satu jam itu, Seventeen yang mempunyai 13 orang ahli menyanyikan lagu hit mereka seperti Maestro, Ready To Love, SOS, Clap dan Headliner. “Sangat tidak sangka apabila kami menjadi artis Korea pertama yang tampil di Glastonbury,” kata salah seorang ahli, Woozi. Bukan itu sahaja, Seventeen turut membahagikan persembahan mereka kepada beberapa slot antaranya hip hop dengan lagu ‘Lalali’ dan lagu bahasa Inggeris yang dinyanyikan ahlinya, Joshua…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya