‘Sekarang masa sesuai laksana subsidi bersasar’

‘Sekarang masa sesuai laksana subsidi bersasar’

ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kerajaan berpandangan sekarang adalah tempoh sesuai untuk melaksanakan subsidi bersasar dengan mengambil kira angka inflasi yang rendah pada ketika ini.

Ketika ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan, kadar inflasi bagi tahun ini berada antara 2 hingga 3.5 peratus dan julat unjuran yang besar itu mengambil kira beberapa kemungkinan kenaikan kadar inflasi yang boleh timbul, antaranya pelaksanaan penyasaran rasionalisasi subsidi bahan api ini.

“Kadar inflasi negara bagi Januari hingga Mei lalu mencatat peningkatan sederhana sebanyak 1.8 peratus berbanding 3.4 peratus bagi tempoh sama tahun sebelumnya.

“Sementara kadar inflasi bagi Mei lalu pula kekal rendah pada 2 peratus. Sebagai perbandingan, inflasi bagi Zon Euro meningkat kepada 2.6 peratus, Amerika Syarikat (3.3 peratus), Republik Korea (2.7 peratus), Filipina (3.9 peratus) dan Indonesia (2.8 peratus) bagi tempoh sama.

“Dengan mengambil kira angka inflasi yang rendah pada ketika ini, kerajaan berpandangan ini adalah tempoh sesuai bagi pelaksanaan subsidi bersasar,” katanya melalui jawapan bertulis di laman sesawang Parlimen, hari ini.

Terdahulu, Datuk Ahmad Amzad Mohamed@Hashim (PN-Kuala Terengganu) meminta Menteri Kewangan menyatakan sejauh mana jaminan kerajaan terhadap kenaikan harga barangan.

Ahmad Amzah juga ingin tahu bebanan yang bakal ditanggung golongan B40 dan M40 akibat pelaksanaan rasionalisasi subsidi dan ke mana hasil penjimatan daripada rasionalisasi ini akan digunakan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN