Sean Lee tamat zaman bujang, lerai teka teki peminat - Utusan Malaysia

Sean Lee tamat zaman bujang, lerai teka teki peminat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon, pengacara dan penyanyi, Sean Lee, 30, kini sah bergelar suami kepada suri hari pilihannya yang juga seorang model dan pempengaruh media sosial, Doucet.

Berita gembira itu dikongsi pemilik nama lengkap Sean Lee Jia Ern menerusi Instagramnya petang tadi.

Kedua mempelai yang mempersona dalam persalinan serba putih disatukan dalam sebuah majlis yang diadakan secara kecil-kecilan di sebuah lokasi di ibu kota.

Sean menerusi perkongsian tersebut memuat naik beberapa keping gambar perkahwinan mereka.

“Too cute to gatekeep,” tulisnya yang tidak berkongsi secara terperinci mengenai majlis perkahwinannya.

Sean sebelum ini meninggalkan persoalan mengenai status hubungannya dengan model berkenaan.

Dia yang ditanyakan mengenai perkara itu sebelum ini memaklumkan ada merancang untuk menamatkan zaman bujangnya, bagaimanapun memilih untuk menyelesaikan beberapa perkara terlebih dahulu.

Sementara itu, berita perkahwinan Sean menerima pelbagai reaksi rakan artis dan peminat.

Ada yang gembira sekali gus tidak melepaskan peluang menulis ucapan tahniah buat mempelai dan tidak kurang juga yang terkejut dengan berita tersebut.

“Tahniah Sean dan isteri,” ucap primadona filem Melayu, Erra Fazira.

“Tahniah,” tulis Scha Al Yahya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN