KUALA LUMPUR: Pelakon, pengacara dan penyanyi, Sean Lee, 30, kini sah bergelar suami kepada suri hari pilihannya yang juga seorang model dan pempengaruh media sosial, Doucet. Berita gembira itu dikongsi pemilik nama lengkap Sean Lee Jia Ern menerusi Instagramnya petang tadi. Kedua mempelai yang mempersona dalam persalinan serba putih disatukan dalam sebuah majlis yang diadakan secara kecil-kecilan di sebuah lokasi di ibu kota. Sean menerusi perkongsian tersebut memuat naik beberapa keping gambar perkahwinan mereka. “Too cute to gatekeep,” tulisnya yang tidak berkongsi secara terperinci mengenai majlis perkahwinannya. Sean sebelum ini…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya