“JIKA tidak dikelilingi orang baik, mungkin saya hanyut.” Demikian pengakuan pelakon, Zamarul Hisham, ketika bercerita pembabitan awalnya bergelar artis pada tahun 90-an. Jejaka asal Kuala Lumpur ini tidak menyangkal, sebelum bergelar anak seni, dia menjadi dambaan para wanita kerana imejnya berambut panjang dan membonceng motosikal jenis RXZ. Namun, bagi Zamarul, populariti yang dikecapinya menyelamatkan dia daripada bersikap buruk. Dia enggan namanya terpalit dengan kontroversi. “Saya bersyukur, sejak jadi pelakon, saya…










