IPOH: Bekas Pengurus besar Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Tambun mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan salah guna kuasa bagi mendapatkan suapan RM7,400, empat tahun lalu. Tertuduh, Wan Khairul Faizee Wan Zulkifli, 41, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Datuk Ibrahim Osman. Mengikut pertuduhan, bapa kepada lima anak yang ketika itu bertugas sebagai Pengurus Besar PPK Tambun didakwa telah menggunakan jawatannya…







