KOTA BHARU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kelantan menempatkan seramai 33 pegawai dan anggota penguatkuasa bagi memantau proses kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri pada 17 Ogos depan. Pengarahnya, Rosli Husain berkata, kesemua anggota berkenaan akan bertugas secara bergilir-gilir dan diselia oleh pegawai kanan pada setiap sesi pagi, petang dan malam di bilik gerakan utama di Ibu Pejabat SPRM Kota Bharu dan di cawangan Gua Musang.…