Polis terima arahan siasat pelakon pukul kekasih - Utusan Malaysia

Polis terima arahan siasat pelakon pukul kekasih

Pukul kekasih
HUSSEIN Omar Khan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Polis menerima OTI (Order to Investigation) daripada Timbalan Pendakwa Raya bagi merakam percakapan pelakon lelaki yang didakwa memukul kekasihnya di Petaling Jaya, Ahad lalu.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata, kebenaran itu diterima selepas pihaknya membuat permohonan sebelum ini.

“Ya, kita sudah dapat (OTI) bagi tindakan selanjutnya.Proses siasatan lanjut ke atas pelakon itu masih sedang dijalankan,” katanya pada sidang akhbar perasmian program Anak Syurga, hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja’afar berkata, pihaknya telah menghubungi pelakon berkenaan supaya memberi keterangan.

“OTI sudah dapat dan pelakon itu mungkin hadir hari ini bagi tujuan tersebut. Setakat ini, kita telah merakam keterangan kakak mangsa sebagai saksi dan menunggu laporan perubatan bagi membantu siasatan,” jelasnya.

Terdahulu, Utusan Malaysia melaporkan keluar bersama kakak tanpa izin didakwa sebagai punca seorang pelakon memukul teman wanitanya dalam kejadian di Ara Damansara, di sini.

Wanita berusia 25 tahun yang merupakan seorang peniaga sudah menjalinkan hubungan dengan suspek sekitar lapan bulan lalu.

Kejadian berlaku apabila mangsa dihubungi pelakon berusia 37 tahun itu ketika keluar bersama kakaknya sekitar pukul 3 pagi sebelum lelaki berkenaan dikatakan memarahi dan menumbuk mata kiri serta badan mangsa.

Kes berkenaan disiasat mengikut 323 Kanun Keseksaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN