Polis mohon sambung reman suspek pembunuhan Nur Farah Kartini

Polis mohon sambung reman suspek pembunuhan Nur Farah Kartini

Monsun Timur Laut
HUSSEIN OMAR KHAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI BULOH: Polis akan memohon lanjutan reman suspek kes bunuh bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Nur Farah Kartini Abdullah, 25. 

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, reman suspek berusia 26 tahun itu akan tamat  Isnin ini.

Beliau berkata, lanjutan reman itu akan dipohon susulan masih terdapat banyak aspek siasatan yang masih belum diselesaikan.

“Siasatan masih di peringkat awal, polis akan buat permohonan untuk melanjutkan tempoh reman suspek,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Media sebelum ini melaporkan seramai 26 saksi telah dirakam keterangan bagi membantu siasatan kes pembunuhan Nur Farah Kartini. 

Antara saksi yang dirakam keterangan mereka termasuklah rakan mangsa, rakan sekerja suspek dan saksi awam.

Isnin lalu, mayat Nur Farah Kartini dijumpai di kawasan ladang kelapa sawit di Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor dekat sini kira-kira pukul 6 petang.

Susulan itu, suspek lelaki berusia 26 tahun yang juga bekerja sebagai anggota polis ditahan pada hari yang sama.

Suspek kemudian direman tujuh hari hingga 22 Julai ini untuk siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Kehilangan mangsa dilaporkan pada 11 Julai susulan satu laporan polis bersangkut kes Tanjung Malim, Perak, selepas sehari menghantar kereta sewa di Taman Universiti, Tanjung Malim. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN