Polis gagal hubungi pelakon lelaki didakwa pukul teman wanita

Polis gagal hubungi pelakon lelaki didakwa pukul teman wanita

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon lelaki yang didakwa memukul teman wanitanya hingga cedera dalam kejadian di Petaling Jaya pada Ahad lalu, dilaporkan gagal dihubungi bagi proses rakam keterangan.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja’afar berkata, pegawai penyiasat kes sudah cuba menghubungi pelakon terbabit termasuk melalui aplikasi WhatsApp namun tidak berjawab dan dibalas. 

“Kita akan  membuat panggilan memberi keterangan kepada beliau untuk hadir mengikut seksyen 111 Kanun Tatacara Jenayah (KTJ) dan beliau sedang dikesan untuk penyampaian panggilan tersebut.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Jika setelah penyampaian Seksyen 111 KTJ telah disempurnakan dan subjek masih gagal mematuhi untuk hadir mengikut tarikh dan masa yang ditentukan, kita akan memohon waran tangkap melalui mahkamah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas beliau, pelakon terbabit dihubungi selepas permohonan untuk mendapatkan Perintah Untuk Siasatan (OTI) terhadap suspek yang dikemukakan, semalam dibenarkan oleh Timbalan Pendakwa Raya.

Setakat ini polis sudah merakam keterangan kakak mangsa sebagai saksi selain sedang menunggu laporan perubatan bagi membantu siasatan.

“Kertas siasatan akan dirujuk ke pejabat Timbalan Pendakwa Raya selepas siasatan lengkap,” jelasnya.

Semalam, Shahrulnizam memaklumkan, pihaknya sudah membuat permohonan untuk mendapatkan OTI daripada Timbalan Pendakwa Raya untuk memanggil suspek bagi dirakam percakapan.

Pada 7 Julai lalu, seorang wanita mendakwa dipukul teman lelakinya yang juga pelakon dalam kejadian di Ara Damansara, pada pukul 3 pagi. 

Kejadian dipercayai berlaku apabila mangsa keluar bersama kakaknya sebelum dihubungi suspek yang memarahinya kerana perselisihan faham. 

Teman lelaki mangsa berusia 37 tahun kemudian meminta wanita berkenaan untuk datang berjumpanya sebelum mereka bertemu di Ara Damansara.

Sebaik tiba, mangsa masuk ke dalam kenderaan utiliti sukan (SUV) dipandu lelaki berkenaan yang tiba-tiba memarahinya dan terus menumbuk mata sebelah kiri serta badan wanita berkenaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini