Pokok durian 200 tahun masih berbuah lebat

Pokok durian 200 tahun masih berbuah lebat

ANUAR Arifin menunjukkan durian dari pokok yang dikatakan berusia 200 tahun di Kampung Sahom, Kampar, Perak.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KAMPAR: Seorang pemilik dusun durian di sini mendakwa memiliki sebatang pokok durian yang dianggarkan berusia 200 tahun dan masih menghasilkan buah lebat.

Anuar Arifin, 69, berkata, dusunnya yang terletak di tepi jalan Kampung Sahom di kawasan berbukit diwarisi keluarganya sejak lima generasi.

Katanya, anggaran usia pokok tersebut 200 tahun berdasarkan cerita daripada bapa­nya yang memaklumkan ia sudah tumbuh dan berbuah sejak moyangnya masih hidup.

Memuatkan artikel berkaitan…

Katanya, sebelum ini di dusun itu terdapat beberapa pokok durian tua yang berusia lebih 100 tahun namun semuanya sudah mati termasuk dipanah petir dan kini hanya tinggal sebatang pokok.

“Saya percaya berdasarkan cerita arwah ayah, pokok ini sudah berusia 200 tahun. Ayah pernah bercerita pokok ini sudah ada sejak moyang saya masih hidup, malah sudah berbuah ketika itu.

“Di kawasan ini memang masih banyak terdapat pokok durian kampung yang berusia 100 tahun, mungkin disebabkan tanahnya yang subur menyebabkan pokok boleh hidup lama kerana di sini terdapat tanah bukit.

“Walaupun sudah tua, pokok ini masih mengeluarkan buah yang lebat dan rasa buahnya juga sedap,” katanya ketika ditemui di sini.

Menurutnya, rata-rata pokok durian tua di kampungnya mempunyai ketinggian sehingga 50 meter dan masih berbuah lebat.

Katanya, durian kampung sememangnya terkenal di kawasan ini dan menjadi tumpuan penggemar raja buah itu setiap kali tiba musimnya.

“Durian kampung mempu­nyai peminatnya sendiri kerana isinya tebal, berwarna kuning seperti durian kunyit dan rasa­nya pula sangat sedap, manis serta berlemak,” katanya.

“Saya bersyukur kerana pokok durian yang tua ini masih berbuah malah kali ini berbuah lebat,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN