SUNGAI SIPUT: Kebimbangan pengusaha ternakan kambing dengan serangan harimau kumbang di Ladang Jalong dekat sini sejak bulan lalu berakhir apabila haiwan liar itu berjaya ditangkap semalam. Harimau kumbang jantan dianggarkan seberat 42 kilogram (kg) itu masuk ke dalam perangkap yang dipasang Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak. Menurut Ahmad Dani, 41, serangan harimau kumbang itu menyebabkan 15 ekor kambing milik keluarga mertuanya ‘hilang’ dipercayai dibaham haiwan liar…










