Pengarah syarikat bawa barang kemas RM1.2j diekori sebelum disamun

Pengarah syarikat bawa barang kemas RM1.2j diekori sebelum disamun

SHAHRULNIZAM JA'AFAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Siasatan awal polis tidak menolak kemungkinan seorang pengarah syarikat diekori suspek ketika dia mengambil barangan kemas berharga RM1.2 juta dari utara sebelum disamun di sebuah pasar raya di Damansara pada Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, siasatan lanjut sedang dijalankan dan kemungkinan mereka mengekori mangsa sebelum menyamun.

“Setakat ini belum ada tangkapan dan usaha mengesan mereka sedang dijalankan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Terdahulu, media melaporkan polis sedang memburu empat suspek yang terbabit dalam kejadian terbabit.

Hasil siasatan awal menerusi semakan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendapati suspek menunggu di dalam kereta sehingga mangsa tiba.

Semasa mangsa mahu keluar dari kenderaan, tiga suspek bersenjatakan objek berbentuk seperti pistol dan kapak menyamun beg galas dibawanya.

Beg itu mengandungi barangan kemas (barang perhiasan diri) milik syarikat mangsa.

Selepas itu, suspek melarikan diri dengan menaiki kereta yang belum dapat dipastikan jenisnya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini