PETALING JAYA: Siasatan awal polis tidak menolak kemungkinan seorang pengarah syarikat diekori suspek ketika dia mengambil barangan kemas berharga RM1.2 juta dari utara sebelum disamun di sebuah pasar raya di Damansara pada Sabtu lalu. Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, siasatan lanjut sedang dijalankan dan kemungkinan mereka mengekori mangsa sebelum menyamun. “Setakat ini belum ada tangkapan dan usaha mengesan mereka sedang dijalankan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini. Terdahulu, media melaporkan polis sedang memburu empat suspek yang terbabit dalam kejadian terbabit. Hasil siasatan awal menerusi…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya