GUA MUSANG: Pemuda yang memandu lori yang kayu balak jatuh menimpa seorang wanita sehingga cedera parah dalam kejadian di lampu isyarat dekat Persimpangan Bendahara di sini kelmarin tiada lesen. Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, siasatan terhadap lelaki berusia 24 tahun itu dilakukan selepas pemandu lori itu menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gua Musang pada waktu petang selepas kemalangan berlaku. Menurut beliau, pemandu…