KUALA SELANGOR: Seorang pelajar sekolah lelaki maut selepas motosikal ditunggangnya bertembung dengan sebuah kereta dalam kemalangan dekat Jalan Sasaran, Kampung Bukit Kuching di sini, hari ini. Kejadian kira-kira pukul 7.20 pagi itu melibatkan mangsa berusia 17 tahun yang menunggang motosikal Yamaha 135LC. Pemangku Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Deputi Superintendan Mohd. Ambia Nordin berkata, ketika kejadian sebuah kereta Perodua Axia dipandu lelaki berusia 22 tahun dalam perjalanan dari Kampung Bukit…