IPOH: Bimbang tinggal berseorangan ekoran rakan serumah pulang ke kampung merupakan alasan diberi seorang pelajar perempuan sebuah institusi pendidikan tinggi (IPT) yang ditahan bersekedudukan bersama pasangan di sebuah pangsapuri di Meru semalam. Pelajar perempuan berusia 20 tahun dan pasangan berusia 22 tahun itu ditangkap oleh sepasukan penguatkuasa Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) pada pukul 11.20 pagi. Pengarah JAIPk, Harith Fadzilah Abdul Halim berkata, serbuan dijalankan di kediaman berkenaan selepas menerima maklumat…