Parlimen: Kerajaan teliti cadangan wujud undang-undang khusus buli siber 

Parlimen: Kerajaan teliti cadangan wujud undang-undang khusus buli siber 

M. KULASEGARAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Cadangan mewujudkan dasar membabitkan undang-undang khusus mengenai buli siber sedang diperhalusi kerajaan.

Ini kerana insiden melibatkan buli siber semakin menjadi-jadi sekaligus Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), M. Kulasegaran menegaskan, semua pandangan daripada semua pihak akan diambil kira.

Katanya, ini termasuk pandangan ahli akademik sebagai pertimbangan ke arah mewujudkan peruntukan itu.

“Mengenai penggubalan undang-undang berhubung buli siber, kerajaan sedang memperhalusi cadangan dasar berkenaan isu ini selaras mandat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Pandangan semua pihak termasuk ahli akademik akan dipertimbangkan ke arah mewujudkan peruntukan khusus mengenai buli siber ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang (RUU) Sumpah dan Ikrar (Pindaan) 2024 di Dewan Rakyat, hari ini.

Sewaktu sesi penggulungan, R.S.N. Rayer (PH-Jelutong) bangkit mencelah sama ada undang-undang perlu diperhalusi untuk melindungi kanak-kanak yang terdedah kepada telefon bimbit sekali gus berisiko berdepan buli siber.

Dalam pada itu, Kulasegaran bersetuju kesalahan buli siber perlu diambil tindakan tegas termasuk membabitkan kes pempengaruh media sosial, A. Rajeswary atau lebih dikenali sebagai Esha yang meninggal dunia dipercayai ada kaitan dengan tekanan dihadapinya kerana menjadi mangsa buli siber. 

“Ahli politik ada ketahanan tinggi (terhadap buli siber) tetapi dalam kes Rajeswary memang sangat tidak adil dan saya harap mereka boleh disiasat sedalamnya.

“Ada prosedur tertentu Polis Diraja Malaysia (PDRM) boleh buat siasatan dan mengambil tindakan tegas,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN