GEORGE TOWN : Dua pemilik kedai runcit di sekitar Bayan Lepas di sini kini berdepan tindakan selepas dikesan menyimpan dan menjual barang kawalan berjadual tanpa lesen. Ia susulan dua operasi berasingan yang dijalankan oleh sepasukan pegawai penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Pulau Pinang dengan kerjasama Cawangan Siasatan dan Perisikan Khas (CSPK) Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman, semalam. Terdahulu, Pengarah KPDN Pulau Pinang, S. Jegan…