Nafi kilang diserbu KPDN, JHEAIPP gara-gara logo halal

Nafi kilang diserbu KPDN, JHEAIPP gara-gara logo halal

NORAZANI Azhar menunjukkan logo halal yang tertera pada salah satu produk berjenama Arun Spices di Permatang Tinggi, Bukit Mertajam, Pulau Pinang. GAMBAR KECIL: Logo halal
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUKIT MERTAJAM : Syarikat rempah ratus, Tusidhis Spice Marketing (M) Sdn. Bhd. yang berpangkalan di sini menafikan bahawa produk mereka di bawah jenama Arun Spices tidak mempunyai logo halal.

Dakwaan itu timbul selepas sebuah kilang rempah diserbu oleh anggota penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Pulau Pinang bersama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) dalam satu operasi bersepadu di sini, kelmarin.

Wakil syarikat, Norazani Azhar berkata, dakwaan tersebut secara tidak langsung telah mengganggu perjalanan operasi syarikat terbabit ketika ini.

“Saya sebagai Eksekutif Halal yang mewakili syarikat ingin membuat penafian bahawa kilang rempah ratus yang diserbu sebelum ini bukan kilang kami.

“Syarikat kami sangat menitikberatkan tentang pensijilan halal dan kami juga telah memiliki sijil halal sejak 2018.

“Justeru, tidak wajar jika syarikat kami dikaitkan dengan dakwaan berkenaan,” katanya dalam sidang akhbar di sini, hari ini.

Jelas beliau, susulan penularan satu rakaman video tular yang mendakwa bahawa jenama Arun Spices tidak mempunyai logo halal juga, pihak syarikat telah menerima panggilan daripada ‘scammer’ yang cuba mengambil kesempatan atas dakwaan berkenaan.

“Bagaimanapun, isu terbabit selesai apabila pihak kami menghubungi sendiri KPDN (Pulau Pinang) untuk mendapatkan pengesahan mengenai perkara ini,” ujar beliau.

Terdahulu, media melaporkan bahawa KPDN Pulau Pinang dengan kerjasama JHEAIPP berjaya menyita 2,498 bungkus rempah ratus yang didapati menggunakan logo halal tidak sah bagi tujuan perdagangan di sebuah kilang di Bukit Mertajam, kelmarin.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN